Projek Laman Penampan
Projek Laman Penampan
Korang tengah mencari bahan lucah seprti ke? Jika korang berniat begitu dan sampai ke blog ni maknanya korang telah sampai ke tempat yang betul. Tahniah diucapkan kerana korang tiba di sini. Ini bermakna tujuan blog ini dibina telah mencapai matlamatnya iaitu untuk melengahkan pencarian ke laman web atau blog melayu boleh yang berunsur lucah. Jika korang sampai ke sini atas niat murni yang lain pun selamat datang diucapkan.
Memandangkan blog-blog dan laman web berunsur lucah ni dah berlambak dekat internet, bahan lucah senang-senang je tersebar. Kadang-kadang tu tak ada niat pun nak cari bahan lucah tapi terjumpa pulak masa tengah meng-Google, meng-Yahoo, mahupun meng-Bing. (-_-’)
Projek Laman Penampan Aksi Budak Sekolah ni dah dijalankan sejak tahun 2008 lagi. Pada awal kewujudannya ia lebih menjurus untuk mengenakan para pengunjung blog ni. Satu demi satu dummy content dimasukkan ke blog bagi tujuan tersebut. Sehinggalah pada suatu ketika trafik yang datang ke blog ini dari carian kata kunci lucah menjangkau 1700 unique visitors sehari.
Namun begitu konsep mengenakan para pengunjung yang sangap dengan bahan lucah itu telah ditukar. Aksi Budak Sekolah kini punya matlamat yang baru.
Kini di blog Aksi Budak Sekolah, entri yang lebih berkualiti dan bersifat ilmiah cuba untuk dimasukkan. Ia diharapkan dapat mendidik dan menambahkan ilmu pengetahuan pengunjung blog ini.

Comments on this entry are closed.